Sunday, April 7, 2013

Apa yang aku rasakan kini.

selepas setahun meninggalkan blog ini , aku kembali untuk menulis apa yang aku dapat rasakan setakat ini malah apa yang penting, kedapatan aku ini amat menyenangkan dan menenangkan jiwa.

pertama, apa erti hidup ini?
hidup ini bagi ku satu perjalanan yang penuh ujian. ujian yang perlu dilalui dengan penuh pengharapapada penciptaku Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang benar.

apa tujuan hidup ini?
untuk mendapat redha Allah SWT . untuk mendapat hadiah yang paling utama . hadiah yang tak mampu kita bayangkan keindahannya. Syurga.

Mudah dan simple tapi memerlu panduan yang cukup. siapalah aku untuk menentukannya hanya tuhan yang mengetahui perkara yang terbaik untukku.

apa yang kulakukan kini.
1. jika hatiku sedih - ku ubati dengan rasa kesedihan ini pasti ada hikmahnya
2 jika hatiku gembira - ku ubati dengan rasa kegembiraan ini pasti ada hikmahnya
3. jika aku keliru - kepada tuhan ku memohon petunjuk
4. jika ku kesakitan - carilah dosa yang telah dilakukan dan bertaubatlah. sesungguhnya itu kafarah dosa kita.
5. jika hatiku sakit - anggap rasa itu tak sesuai untuk perjalanan ku ke syurga.


ketenangan jiwa amat penting.

Saturday, April 3, 2010

mengenalimu

salam....
sesekali aku merasa seperti menipu diri sendiri...
mengharap sesuatu yang tak mungkin terjadi..
mungkin aku tak pernah fokus dalam erti hidup ku sendiri..
kita selalu melupakan apa yang kita ada, dan sering mengharap kan yang kita tidak ader..,,,bila kita telah kehilangannya, barulah kita menyedari kita sebenarnya mengharapkan kehadirannya sentiasa.....aku lah manusia itu.

sesekali aku teringat padamu..sesekali aku sedar..untuk apa ingatan itu?..sekadar melayan perasaan sedih kerana tak pernah berani mengatakan aku mencintai dirimu sejak dulu.
lupakan mu amat payah, tak mungkin terjadi buat masa ini , tapi aku akan cuba, kerana mencuba itu lebih bagus dari terus mengharap kehadiranmu, yang aku tak yakin akan menjadi kenyataan.siapalah aku untuk mengingati dirimu lagi...
sebuah kenangan...dan pengharapan yang amat mengjengkelkan perasaan ku sendiri...mungkin aku perlu menyelami diri sendiri...ada jiwa yang inginkan kasih sayangku lebih dari diri mu.

Sunday, June 28, 2009

Salam...

pertama kali belajar menulis dalam blog...org lain dah terlampau biasa dengan blog nih...aku masih terkial-kial..
tapi perasaan ingin mencuba tu ada dan sangat kuat dari sehari ke sehari...aku mulakan hari ini...tak tahu nak tulis apa..mungkin aku akan cari idea yang sesuai. bagi sesiapa yang terbaca blog ini ...selamat membaca...luahan hati seseorang yang tak pernah diketahui kewujudannya di dunia in....hemmm.