Sunday, April 7, 2013

Apa yang aku rasakan kini.

selepas setahun meninggalkan blog ini , aku kembali untuk menulis apa yang aku dapat rasakan setakat ini malah apa yang penting, kedapatan aku ini amat menyenangkan dan menenangkan jiwa.

pertama, apa erti hidup ini?
hidup ini bagi ku satu perjalanan yang penuh ujian. ujian yang perlu dilalui dengan penuh pengharapapada penciptaku Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang benar.

apa tujuan hidup ini?
untuk mendapat redha Allah SWT . untuk mendapat hadiah yang paling utama . hadiah yang tak mampu kita bayangkan keindahannya. Syurga.

Mudah dan simple tapi memerlu panduan yang cukup. siapalah aku untuk menentukannya hanya tuhan yang mengetahui perkara yang terbaik untukku.

apa yang kulakukan kini.
1. jika hatiku sedih - ku ubati dengan rasa kesedihan ini pasti ada hikmahnya
2 jika hatiku gembira - ku ubati dengan rasa kegembiraan ini pasti ada hikmahnya
3. jika aku keliru - kepada tuhan ku memohon petunjuk
4. jika ku kesakitan - carilah dosa yang telah dilakukan dan bertaubatlah. sesungguhnya itu kafarah dosa kita.
5. jika hatiku sakit - anggap rasa itu tak sesuai untuk perjalanan ku ke syurga.


ketenangan jiwa amat penting.

No comments:

Post a Comment